#TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba industri hiburan dikejutkan dengan khabar angin mendakwa rumah tangga pelakon Fasha Sandha dan suaminya, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali Jejai kini bergoyah.
#Menurut laporan mStar Online, seorang sumber sahih mendedahkanFasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 31, dipercayai telah mengunjungi sebuah pejabat agama Islam baru-baru ini.
#Bagaimana atas tujuan apa kunjungan tersebut tidak dapat dipastikan sama ada ibu kepada dua cahaya mata ini mahu mendapatkan kaunseling hal rumah tangga ataupun nasihat mengenai urusan perceraian.
#Jelas sumber tersebut, keretakan rumah tangga pasangan ini berpunca daripadacampur tangan pihak ketika yang dipercayai melibatkan ahli keluarga Jejai sendiri.
#Apa yang mengejutkan, nama aktres jelita Nora Danish yang merupakan bekas isteri Jejai turut dikaitkan bersama.
#Masalah ini sebenarnya sudah lama berlarutan berikutan konflik dengan keluarga mertua Fasha.
#Nora dan salah seorang keluarga Jejai saling memburukkan Fasha di laman sosial dan ia membuatkan rumah tangga pasangan itu semakin goyah, kata sumber tersebut.
#Lebih parah, isu tersebut turut menjadi perbalahan antarapeminat Fasha dan Nora di laman sosial mereka, sekali gus mengimbas kejadian enam tahun lalu.
Difahamkan, usaha untuk mendapatkan pengesahan daripada kedua-dua artis wanita ini juga gagal.
#Fasha dan Jejai telah bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur setahun.
#Sebelum itu, Jejai pernah bekahwin dengan Nora Danish pada 20 Jun 2006. Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal.
#Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang dan bercerai pada 10 Julai 2008.#
#Sumber: mStar Online
Sumber: mynewshub
0 comments:
Post a Comment