JAMAL ABDILLAH TETAP SOUND NABIL AHMAD WALAUPUN NABIL TELAH MEMINTA MAAF
#~Ibarat rumah siap pahat berbunyi!
Itulah yang berlaku di Gegar Vaganza 2 semalam apabila Datuk Jamal Abdillah ‘sound’ secara depan-depan pada Nabil Ahmad gara-gara lawaknya terhadap penyanyi itu? Tegur Jamal pada Nabil: “Saya dibayar mahal-mahal oleh Astro untuk jadi juri… bukan untuk jadi bahan lawak awak”.
Berikutan itu, hari ini kecoh di laman sosial mendakwa sikap serius Jamal itu telah menjadikan GV2 ‘spoil’ sedikit berbanding Datuk Ramli MS yang sporting. Malah Jamal didakwa bersikap sombong apabila tidak mempedulikan permohonan maaf Nabil padanya.
“Semua orang tahu nabil suka bergurau. Datuk Ramli sudah lali dengan gurauan Nabil. Tapi yang menyedihkannya adalah, Jamal Abdillah tetap sound Nabil Ahmad walaupun Nabil telah meminta maaf sebelum Gegar Vaganza tamat,” ujar seorang peminat melalui laman sembang.
Apapun, kami tak menyebelahi mana-mana pihak kerana mungkin juga Jamal sekadar bergurau dengan Nabil. Ya lah… asyik-asyik Nabil aja yang usik orang… sekali-sekala orang usik dia pulak.
0 comments:
Post a Comment