Kerajaan perlu risau


#~KERAJAAN PERLU RISAU.

1- Baru ini ada kes serangan di Kota Raya. Ala-ala Low Yat, cuma tak sehangat hari tu. 

Puncanya kes penipuan berangkai, dan melampau. Dari RM200 ke RM2000. Dari RM800 ke RM10000. Jika tidak mampu bayar, wang tidak dikembalikan, malah ada yang 'dikurung'. Mangsa ditarget dari kaum yang lemah.

Seorang mangsa membuat aduan pada KPDNKK, tiada tindakan diambil, sehingga lah PPIM yang mengambil tindakan kemudian menjadi viral.

Selepas viral dan serangan, baru KPDNKK datang cek. Itu pun kedai dah banyak tutup.

Orang yang serang pula, laju siasatan dijalankan.

****

2- Isu Bauksit di Kuantan. Baru-baru ini sebuah lori Bauksit dibakar. Jelas, kerana ketidak puas hatian masyarakat.

Lori Bauksit telah mencemarkan udara, merosakkan air untuk kegunaan harian, mengotorkan kereta dengan sangat melampau.

Isu ini dah lama.

Pihak berkuasa buat dono je, last sekali orang mula tak dapat tahan marah dan membakar lori.

****

Kamu boleh argue, kejahatan tak dibalas kejahatan, betul. Dalam Islam perlu dihakimi, betul. Tapi memahami realiti masyarakat, bukan itu yang berlaku.

Bila mana rasa putus asa pada penguatkuasa, rasa semakin tertekan, tak ada orang yang kisah, rakyat akan mula menjadi hakim sendiri. Falsafah dalam filem John Doe.

Kenapa polis dan KPDNKK boleh mengambil tindakan selepas kejadian berlaku, tapi tidak boleh sebelum? Walaupun ada laporan.

Adakah ada pihak yang dilindungi?

Adakah setiap perkara perlu jadi viral, perlu ada serangan baru ada tindakan?

Kerajaan perlu takut untuk huru hara berlaku. Kerajaan perlu takut bila rakyat sendiri menjadi HAKIM membuat keputusan sendiri, dalam keadaan kos sara hidup yang semakin menekan.

Kerajaan perlu risau apabila rakyat tak lagi percaya pada agensi penguatkuasa dan akhirnya membuat kacau bilau.

****

Saya akhiri dengan satu cerita.

Seorang lelaki mengesyaki seseorang telah masuk ke rumahnya untuk merompak. Dia pun menelefon polis,

"Saya rasa rumah saya telah dimasuki perompak.."

"Oh, maafkan kami cik, tiada peronda kami yang berdekatan.. Mungkin cik boleh cuba.. Bla.. bla.."

Kerana kecewa lelaki tersebut meletakkan telefon. Seminit kemudian dia telefon balik dan berpura-pura,

"Saya telah membunuh seseorang..Mayatnya ada di depan saya.."

Tak sampai 3 minit selepas itu, sepasukan polis tiba di rumahnya dan mengacukan pistol.

****

Kenapa kita hanya selalu bertindak apabila sesuatu yang lebih besar berlaku?


sumber
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment