#Komputer riba buatan Apple terkenal kerana dua perkara, pertama ialah rekaan yang cantik yang kini menjadi ikutan pengeluar komputer riba yang lain.
#Kedua ialah ia juga terkenal dengan harga jualan yang mahal jika dibandingkan dengan komputer riba Windows berspesifikasi serupa.
#Jadi apakah yang anda dapat dengan bayaran lebih ini selain kelihatan lebih kacak ketika menggunakan WiFi percuma di kedai kopi borjuis antarabangsa?
#Menurut kajian oleh Consumer Reports yang melibatkan 58 000 pengguna, komputer riba Apple juga paling jarang rosak apabila dibandingkan dengan komputer riba yang lain.
#Kajian yang mengambil tempoh lima tahun untuk dilengkapkan ini mendapati hanya 7% MacBook Air dan 9% Macbook Pro mengalami kerosakan teruk dalam tiga tahun pertama pembelian.
#Komputer riba dengan kadar kerosakan paling kerap ialah Lenovo Y Series dengan 23%, komputer riba Dell XPS dan Lenovo ThinkPad pula kedua-duanya mempunyai tahap kerosakan 15%.
#Jadi jelaslah disini komputer riba Apple mungkin dijual pada harga lebih mahal, tetapi kebarangkalian anda mengalami masalah ketika menggunakannya adalah lebih rendah daripada pesaing.-MYNEWSHUB.CC
Sumber: Consumer Report
0 comments:
Post a Comment