SAYU !! Gambar Kenangan Terakhir Cikgu Norhalili.. Tayar Lori Bauksit Meragutnya.. (6 Gambar)


#~$KUANTAN : Seorang guru maut selepas sebiji tayar sebuah lori yang membawa muatan bauksit tercabut dan terpelanting menghempap bumbung kereta Perodua Myvi yang dinaikinya dalam kejadian di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan berhampiran Sungai Karang di sini hari ini.

#@#Dalam kejadian pada pukul 2.35 petang itu, Norhaili Ahmad Zabidi, 40, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Balok di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Seorang saksi, Mohamad Ridzuan Hamzah, 39, berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke tempat kerja di Gebeng dengan mengekori lori membawa bauksit berkenaan yang bergerak pada kelajuan kira-kira 110 kilometer sejam.

#@#Saya memperlahankan kenderaan selepas ternampak beberapa ketulan batu terjatuh dari lori tersebut. Pada masa sama saya melihat tayar kanan kenderaan berat itu bergegar seperti hendak tercabut sebelum terpelanting ke laluan bertentangan.

#“Tayar itu kemudian menghempap sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki mangsa bersama suaminya. Saya seperti tidak percaya dengan apa yang disaksikan. “Kejadian ini sungguh menyayat hati. Bayangkan betapa beratnya tayar lori itu sehingga kereta dinaiki mangsa hampir terbelah,” katanya. 







#Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Deputi Superintenden Ahmad Nazri Zainal berkata, pemandu lori terbabit yang membawa muatan bauksit seberat kira-kira 10 tan melarikan diri selepas kejadian berkenaan “Siasatan awal mendapati mangsa maut kerana dipercayai terkena tayar lori yang tercabut itu,” katanya ketika dihubungi. 

#Beliau berkata, . Tambahnya, suami mangsa, Raziamir Muhamad Razali, 42, tidak mengalami kecederaan dan polis akan bertemu dengannya untuk merekodkan keterangan berhubung kejadian tersebut.

#“Siasatan mendapati lori berkenaan didaftarkan atas nama seorang lelaki dari Puchong, Selangor. Polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian ini mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. UTUSAN ONLINE 
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment