Handphone BlackBerry Priv Bakal Diperkenalkan 8 Disember Ini!

#BLACKBERRY Malaysia pada 8 Disember ini akan memperkenal flagship terbaruyang mana merupakan peranti pertama mereka berasaskan Android, dinamakan BlackBerry Priv.
Tarikh 8 Disember 2015 ini juga akan memperlihatkan pelancaran Nexus 6P oleh Huawei, selain pembukaan rasmi plaza IT baru yang dikenali sebagai Lowyat2 buat masa ini.
BlackBerry Priv merupakan telefon pintar pertama daripada BlackBerry yang menjalankan sistem operasi Android sepenuhnya.

#Ia turut hadir dengan ciri-ciri tambahan daripada BlackBerry, termasuk sokongan privasi yang lebih baik, fungsi BlackBerry Hub, dan beberapa ciri-ciri tambahan BlackBerry memfokuskan sekuriti serta turut menggunakan antaramuka asas Android tanpa sebarang penambahan.
Membezakan lagi dengan peranti Android lain adalah penyertaan papan kekunci fizikal yang membolehkan pengguna menggunakannya untuk input dan menatal web mahupun beberapa aplikasi menggunakannya.

#BlackBerry Malaysia dijangka mengumumkan harga jualan dan tarikh penawaran ia untuk pasaran tempatan pada 8 Disember 2015 ini.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: mynewshub


Mesothelioma Law Firm

Donate Car to Charity California
Online Motor Insurance Quotes 
Share on Google Plus

About Admin

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment