Pelajar tajaan MARA


#Pelajar tajaan MARA lebih ramai yg kurang rasa syukurnya.. bukan mahu meletakkan prasangka sumbang dalam isu ini, tapi rasa terpanggil untuk menyedarkan anak2 tajaan MARA ni supaya berpijak di bumi yang nyata dan wajib bersyukur dengan kemudahan pinjaman pelajaran yang diberikan.. tahukah anda hampir separuh dari jumlah yang anda pinjam melalui pinjaman pelajaran MARA adalah hanya semata-mata untuk elaun anda sahaja? Ya, untuk elaun sahaja.. Mari kita buat sedikit congakan dan matematik sekolah rendah, gambar yang dilampirkan kita jadikan sebagai contoh :
Butiran pinjaman pelajaran (3 tahun pengajian) :
a) Yuran = RM36,000 (3 tahun pengajian/RM6,000 per sem)
b) Sara Hidup/Elaun = RM25,200 (RM700 x 12 bulan x 3 tahun)
c) Buku/Perkakas = RM1,800 (RM600 x 3 tahun)
d) Kertas Projek = RM450 (RM150 x 3 tahun)
e) Perkakas = RM300 (RM100 x 3 tahun)
f) Thesis = RM300 (sekali sepanjang pengajian)
Jumlah pinjaman = RM64,050.00
Jumlah yang masuk poket = RM28,050.00 (sara hidup + buku/perkakas + kertas projek + perkakas + thesis)
Jumlah yuran = RM36,000.00
Peratusan yuran dan wang masuk poket :
Yuran = (36,000 / 64,050) x 100 : 56.21%
Wang masuk poket = (28,050 / 64,050) x 100 : 43.79%
Berdasarkan kiraan mat jenin di atas, hampir separuh dari pinjaman digunakan untuk sara diri pelajar. Hampir separuh! Betapa beruntungnya pelajar tajaan MARA. Dan bertambah untungnya lagi pelajar tajaan MARA ni bila tamat je pengajian, pengurangan bayaran pinjaman diberikan pulak, malahan pihak MARA pula yang merayu semua pelajar tajaan mereka memohon pengurangan bayaran balik pinjaman, sampai buka booth dan iklan merata. Tapi anak2 tajaan MARA ni tah sedar ke tidak xtau la. Berikut adalah kadar pengurangan terkini berdasarkan CGPA masing2, ok dlm hal ni mgkin ramai pertikai, takpe ni yg aku dpt, korg call sendiri la k, sbb sblm ni memang lain, yang ni diperoleh melalui phone call dari kawalan kredit MARA last week :
CGPA 3.50 - 4.00 = bayar 15% dari jumlah pinjaman
CGPA 3.00 - 3.49 = bayar 20% dari jumlah pinjaman
CGPA 3.00 ke bawah = bayar 25% dari jumlah pinjaman
Katakan CGPA yg diperolehi selepas tamat pengajian adalah 3.30, ini bermakna jumlah yang perlu dibayar balik adalah :
RM64,050 x 20% = RM12,810
Ya, diskaun yg sgt hebat. Diskaun yg sgt menjadi rebutan oleh semua org dan juga yg diidamkan oleh mereka yg bukan bumiputera. Dan adakah kita sedar bayaran balik RM12,810 tu pun tak smpai jumlah keseluruhan elaun yang kita terima. Maknanya, MARA dah sponsor lebih dari RM15,000 elaun kita! Elaun yg kita guna untuk makan, sewa rumah, topup, petrol, dating, jimba dan jugak beli tiket tengok Panda nnt. Mengujakan lagi, keseluruhan yuran pengajian yg berjumlah RM36,000 tadi ditaja, disponsor, dicover, dibayor, dan disetelkan oleh MARA sepenuhnya bukannya dari kita.
Namun, hakikatnya, ramai pelajar yg mgeluh serba serbi xckup. Fasiliti disediakan xmemenuhi keperluan dan sentiasa berasa xckup dgn apa yg ada. Sedangkan perkara yg basic tu dah ada, dan perkara yg lain yg jarang-jarang digunakan pula dijadikan sbg penanda aras dan isu mentah untuk menghentam pihak pentadbiran. Menyedihkan, ada pula yang nak claim yuran2 tertentu yg dikatakan tidak berbaloi sedangkan klau dikira semula, sistem pembayaran adalah jenis pukal bukan kiraan jumlah kredit, klau dikira dari jumlah kredit, memang terlebih dari jumlah yg dah dipukalkan. Contoh, jumlah jam kredit utk graduate bg mamat di atas ni ialah 124 jam kredit. Jumlah yuran pengajian RM36,000. Katakan satu jam kredit RM300 (biasanya dlm range ni), 124 jam x RM300 = RM37,200. So, ada beza RM1,200. Free jer MARA blanje. Suruh blajar je pun. Bukan suruh berenang ulang-alik Malaysia-Sumatera tiap hari. Pun begitu, masih ramai jgk yg pertikai.
Bagi aku, ambillah konsep sedekah dan bersyukur. Kalau ade benarnya institusi yg terbabit menggelapkan wang pelajar, berbincanglah secara hemah, telus dan profesional. Kadang2 sebab darah muda kita ni, awal2 lagi kita dah maki pihak terbabit kalau mereka ada tercuai dalam pengurusan. Bukankah elok kalau teguran dilakukan secara peribadi atau dalaman? Kalau kita jaga aib orang, Insya'Allah aib kita akan terjaga, tapi klau kita buka aib org dan dedahkan sana sini sedangkn boleh je sembang elok2, maka bersedialah untuk Allah buka pula aib kita pada org.. mereka bukan sape2 pun, sebangsa kita, seagama Islam dgn kita, yakin dan pasti ada cara pnyelesaian yg lebih baik. Kalau betul duit yuran digelapkan, smuanya masuk ke dalam institusi kita juga, habis2 pusing org sebangsa kita juga, seagama kita. Niatkan untuk halalkan shj klau ada salah guna. Sebab sedekah kan salah satu saham akhirat untuk kita? Jadi, mudahkan?
Konsep bersyukur pula sgtla dituntut bagi pelajar tajaan MARA ni. Bukan semua pelajar dapat RM700 sebulan mcm aku (Alhamdulillah, syukur sgt!), dan bukan semua dapat tawaran pinjaman pelajaran MARA. Malah ada yg dapat duit bulan2 dari ibu-bapa lagi, duit elaun MARA langsung xberusik, haa klau ada yg mcm ni lebih menyimpan je duit tu, kurang2 habis blajar dah memang senang lenang. Xde la jadi mcm aku, kais pagi makan pagi kais malam makan malam. Bandingkan dgn mereka yg ambil pinjaman PTPTN. Rata-rata dpt lebih kurang dlm RM1,500 satu semester, RM1,500 bahagi 6 bulan bersamaan dengan RM250 sebulan. Sakit. Sakit sangat. RM250 hidup di KL. Dah habis belajar kene bayar full pulak, siap ada interest lg. Nak xnak kene score smpai CGPA 3.50 ke tas klau nak convert jd biasiswa. Sebab tu ramai antara mereka bekerja sambilan dan disebabkan kesempitan itu, mereka berjaya dalam pelajaran dan bersyukur dgn apa yg mereka dapat.
Moralisasinya, cuba muhasabah diri dulu. Jangan cepat tuding jari pada org lain. Cermin diri dulu. Beruntungkah kita? Masih juga ada yg xnak byr pinjaman pelajaran MARA, xtahula nak kata apa, sbb bayaran boleh dibuat serendah RM20 sebulan, kalah bil prepaid aku yg RM30 sebulan. Terima kasih MARA. Kalau la xde MARA ni, aku xtau la mane lagi tempat anak2 Melayu ni nk sambung belajar dgn elaun yg mcm tu skali. Cukup2 lah spin cerita, racun fkiran org, dan hentam sana sini. Ada baiknya kaji dulu. Duit2 ni utk generasi kita yg akan dtg juga. Kalau masih rasa ada lg wang yg dikatakan dah digelapkan tu anggap jela sedekah, sedekah tu besar manfaatnya. Utamakan hutang dlu, sebab itu yg akan menghalang kita masuk Syurga.
Apa yg tersurat adalah sekadar pandangan peribadi, dan mohon maaf andai ada yg teguris hati, tertampar hati dan tegigit jari. Buat semua pelajar tajaan MARA, belajar sungguh-sungguh, bukan mudah nak tempuh hari-hari mendatang sekarang, so jangan main-main k, dayung sudah di tangan, perahu sudah di air, tinggal nak usaha je. Aku pun bukanlah yang terbaik, tetapi aku cuba jadi yg terbaik sepanjang menjadi anak didikan MARA dan sentiasa bersyukur sbb aku bukan org senang. Selaras dengan tajuk, kurangkan marah dan MARA ke depan wahai bangsaku.
Beras kisar mudik ke hulu,
Tanak pulut santan durian;
Tak ada orang menyesal dahulu,
Banyak orang menyesal kemudian.
Tenanglah tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
Pokok pinang pokok kelapa,
Buah durian sedapnya terasa,
Guru dan MARA jangan dilupa,
Pembela diri tinggalan bangsa.
# Terima kasih MARA. Terima kasih UniKL. Budi dan jasamu disanjung tinggi.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. TESTIMONI BAGAIMANA SAYA MENDAPATKAN PINJAMAN DARI PERUSAHAAN PINJAMAN ASLI Halo semuanya, nama saya Jessica Jenkins , warga negara Spanyol; Saya berusia 34 tahun. Saya ingin memberi tahu Anda tentang kebaikan tuan karena akhirnya membawa saya ke pemberi pinjaman pinjaman nyata dan asli bernama Ny. Dana Silva, direktur pelaksana Keuangan dan investasi Dana Silva setelah ditipu oleh pemberi pinjaman palsu lainnya, saya putus asa dan tidak' Saya tidak tahu siapa yang harus dipercaya saat dia datang dan memberikan senyum lebar di wajah saya sebagai kejutan terbesar saya. Siapa pun dari Anda yang juga menjadi korban penipuan, Anda tidak perlu repot lagi, saya membawa kabar baik dan satu-satunya pemberi pinjaman yang dapat Anda percaya, hubungi mereka sekarang melalui email: {alajidanainvestment@gmail.com } untuk informasi lebih lanjut tentang caranya untuk mendapatkan pinjaman Anda Dan sekali lagi, terima kasih kepada Nyonya Dana Silva karena telah memberi saya pinjaman sebesar 75.000,00 euro atau WhatsApp +1 424-571-9773

    ReplyDelete